WELCOME


SALAM BUAT PENGUNJUNG BLOG GEMILANG-YAHMAD
Sekadar mengisi masa terluang
dan merakam apa-apa yang tak mungkin berulang. Sesungguhnya kita sentiasa memburu kegemilangan dalam hidup baik di dunia mahupun di akhirat.

Monday, 27 February 2012



Kawin Anakku

Kenangan yang paling indah ingin ku kongsi bersama walaupun hanya secebis rentetan. Tanggal 23 Januari 2012, berlangsung majlis persandingan anak keduaku bersama pilihan hatinya dan pada hari tersebut juga majlis menyambut menantu untuk anak sulongku yang telah melangsungkan akad nikah 5 hari sebelum.
           Bahagia rasanya bagi aku yang telah bergelar ibu telah mendapat dua orang menantu, seorang perempuan dan seorang menantu lelaki. Menantu perempuan yang comel dan menantu lelaki yang kacak. Kedua-duanya sangat menyenangkan hatiku.
           Malam akad nikah menyaksikan tetamu yang begitu ramai meraikan majlis dari keluarga kedua-dua pihak. Setelah selamat dan selesai majlis akad nikah, solat hajat bagi merestui pengantin diadakan dan jamuan makan disediakan. Sungguh terharu....
            Keesokan hari, tanggal 23 Jan majlis kesyukuran diadakan. Kami menjamu para tetamu yang hadir dengan menyembelih dua ekor lembu. Begitu ramai sanak-saudara, jiran-tetangga, sahabat-handai , rakan taulan meraikan majlis tersebut. Alhamdulillah....semua berlangsung dalam keadaan yang sempurna.
            Amalan gotong royong, kerjasama dan persepakatan masih lagi diamalkan oleh penduduk kampungku yang amat jelas melancarkan majlis tersebut.
            Bersama doa dan harapan seorang ibu.....aku terpaksa melepaskan kedua-dua anakku untuk menjadi milik orang lain, membina hidup sendiri, melayari bahtera masing-masing bagi menuju ke satu matlamat yang diimpikan  selaras tuntutan agama. Semuga anak-anakku akan beroleh bahagia untuk terus hidup baik di dunia mahupun di akhirat nanti. Ibu doakan keberkatan hidup kalian semuga sentiasa mendapat rahmat Allah SWT.

Sunday, 26 February 2012

Senyum

Sekian lama aku tidak mengunjungi blog gemilang ini, malah langsung tidak ku update blog ini... Entah mengapa tiba-tiba terasa ingin menarikan jari-jemariku melontarkan apa-apa yang aku sendiri tidak pasti untuk diluahkan. Ahhh......entah apa ingin kutuliskan....
Ya....Senyum itu sedekah. Manisnya bibir melahir kata dan manisnya senyuman terukir indah. Namun sesungguhnya senyuman itu kadang-kadang tidak mempunyai makna apa-apa kerana tiada keikhlasan yang lahir dari hati sanubari. Namun yang pasti apabila seorang kanak-kanak tersenyum..ia mengandungi seribu erti yang sangat membahagiakan. Senyuman yang terukir dari bibir kanak-kanak adalah senyuman yang betul-betul ikhlas.
Tapi....kalau muka masam mencuka....adoii...menakutkan. So senyum-senyumlah selalu. Baikkan hati cantikkan wajah. Senyum......tak perlu ucapkan apa-apa.