Dalam meniti arus kehidupan, sifat sabar merupakan satu sifat yang sangat penting. Mengapa ia sangat penting dalam hidup kita?
Sabar menjadikan hidup kita lebih bahagia dan aman damai, ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.
Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.
Dengan sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.
Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.
Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.
Dengan sifat sabar ini juga, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'.
Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit.
Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati.
Tanpa sifat sabar, anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.
Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.
Tanpa sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.
Tanpa sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. (Surah Al-Ma'aarij:ayat 5)
Ya, saya suka ayat ini. Ketika sedang menahan marah dan menahan sedih, ayat ini benar-benar memberi motivasi kepada saya. Bagaimana Allah memerintahkan kita untuk bersabar, malah bersabar dengan kesabaran yang baik.
Sememangnya dirasakan sabar ini merupakan sesuatu yang sangat perit sehingga kadang-kadang hati kita mengeluh.
" Asyik sabar je, penat dah sabar ni!"
Kita tidak perlu fikirkan lagi, mengapa kita bersabar dan berapa kali kita bersabar dalam hidup ini kerana saya ingin mengajak anda melihat apa yang dapat kita peroleh dari sifat sabar ini.
Apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang menjalani kehidupan mengikut apa yang Islam anjurkan. Percayalah dengan sifat sabar ini, dalam keadaan tidak sedar kita telah menyelamatkan banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dengan sifat sabar ini kita boleh hidup aman damai seperti sekarang, dengan sifat sabar ini kita menjadi dewasa sehingga kini. Lihatlah betapa besarnya impak sabar untuk menjadi kehidupan harmoni.
Untuk anda yang sedang diuji, dalam hati ini hanya ada dua pilihan, sama ada nafsu ataupun iman. Jika menang nafsu, maka kalahlah iman, jika menang iman maka musnahlah nafsu. Kita yang perlu menilai dan memilih. Apabila diuji, kita mahu memilih nafsu untuk terus marah, atau kita memilih pilihan yang paling tepat iaitu iman dan sabar. Lihat pada impaknya, jika kita memilih untuk marah, hati kita akan dikuasai rasa marah yang menghilangkan rasa tenang, malah boleh jadi kita bertindak diluar batas fikiran kita yang akhirnya memberi kesan negatif pada kehidupan kita ketika itu. Namun, jika kita memilih untuk bersabar, insyaAllah kita diberi ketenangan untuk membantu kita mengambil tindakan yang tidak memburukkan lagi keadaan.
Saya bagi satu contoh yang mudah. Ditakdirkan anda terpaksa menjalani kehidupan dengan seorang rakan yang sangat pentingkan diri sendiri. Setiap tindakannya pasti memberi kebaikan pada dirinya dan kita sentiasa menjadi mangsanya. Setiap perbuatan dan kata-katanya sentiasa membuat kita berkecil hati. Disini, anda hanya ada dua pilihan, memilih untuk terus bersabar dan bertahan sepanjang anda menjalani kehidupan dengannya, atau anda memilih untuk bermasam muka dengannya akibat sakit hati yang menguasai diri. Jika anda memilih untuk bersabar, anda mampu menjaga keharmonian persahabatan dengannya, namun jika anda memilih untuk bermasam muka, pastinya memberi kesan yang tidak baik dalam hubungan persahabatan itu sendiri.
Namun sahabat, perlulah kita ingat bahawa kita ini manusia, kita bukan malaikat untuk terus menjadi sempurna di mata orang lain. Sabar manusia itu ada juga batasnya dan kadang-kadang orang yang paling banyak bersabar, sekali dia 'meletup' huru-hara jadinya. Oleh itu, perlunya fungsi kita meletakkan diri kita ditempat orang lain. Malah jika kita jenis yang pentingkan diri sekalipun, sebelum bertindak, kita perlu berfikir bagaimana rasanya jika kita berada ditempat orang yang teraniaya itu.
Sebelum kita bunuh orang, cuba kita bayangkan diri kita menjadi orang yang dibunuh itu.
Sebelum kita melemparkan kata-kata yang mampu mengguris hati orang lain, cuba bayangkan diri kita yang dilemparkan kata-kata itu.
Jika kita mampu meletakkan diri kita ditempat orang lain, saya yakin manusia tidak akan menzalimi sesama manusia lagi.
Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita. Nasihat ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat.
WELCOME
SALAM BUAT PENGUNJUNG BLOG GEMILANG-YAHMAD
Sekadar mengisi masa terluang dan merakam apa-apa yang tak mungkin berulang. Sesungguhnya kita sentiasa memburu kegemilangan dalam hidup baik di dunia mahupun di akhirat.
Thursday, 28 April 2011
Monday, 25 April 2011
Keluarga ku Slideshow
Keluarga ku Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Keluarga ku Slideshow ★ to Kota Bharu. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"
Thursday, 21 April 2011
Khasiat Epal Hijau
Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh membantu mencegah:
· Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
· Mengurangkan risiko penyakit jantung.
· Membantu kesihatan membran paru-paru.
· Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
· Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
· Membantu mengekalkan berat badan.
· Mengurangkan tekanan penyakit asma.
· Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.
Saka Merosakkan Kehidupan Manusia
IKHTIAR…apabila mendapat tahu diri atau ahli keluarga mewarisi saka segera dapatkan rawatan daripada pengamal perubatan Islam. SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.
Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.
Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya.
Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.
Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga.
Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh.
Umumnya, kebanyakan orang yang memiliki saka berkebolehan merawat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan. Cara rawatannya dengan menurun menggunakan mantera atau jampi.
Bacaan dan amalan yang dilakukan itu amat meragukan serta sukar difahami. Ia bertentangan dengan syariat kerana mempunyai unsur syirik yang boleh merosakkan akidah.
Jika seseorang itu menyatakan hasratnya pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau ‘layak’ mewarisinya.
Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang tertentu peninggalan si mati seperti barangan kemas, keris, lembing atau tombak.
Syaitan akan sentiasa memastikan setiap manusia atau orang yang mewarisinya sesat ketika sampai ajal mereka. Pada mulanya memang saka kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga dan harta benda tetapi itu semua hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia.
Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul dalam jangka masa panjang di mana kemuncaknya menyebabkan manusia itu berdosa besar kerana mensyirikkan Allah SWT.
Antara kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi seksaan yang amat perit ketika menghadapi saat kematian kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa ketika menemui ajal.
Situasi lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.
Gangguan saka juga menyebabkan seseorang dilanda penyakit misteri. Justeru ahli keluarga atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal.
Bagi mereka yang sudah menerima, berusahalah untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit dengan mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam yang menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai kaedah rawatan.
Pengamal Perubatan, Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata saka adalah perjanjian yang dibuat antara nenek moyang dengan jin laknatullah untuk mendapat kehebatan, kekuatan, kecantikan, perlindungan tertentu melalui perjanjian tertentu dalam tempoh yang ditentukan (tujuh keturunan).
“Saka berada dalam tubuh badan manusia sejak sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia. Ia berlaku sama ada seorang itu mengetahuinya ataupun tidak.
“Jin berkenaan ditinggalkan nenek moyang pembawa saka apabila mereka meninggal dunia. Ketika hidupnya, mereka berkawan atau membela jin berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama dalam masyarakat kita seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata terdapat kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka berkenaan.
“Selepas nenek moyang yang membela jin terbabit meninggal dunia, jasadnya mati selepas roh keluar dari badannya. Namun Begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukan seperti manusia.
“Apabila jasad perumah saka dikebumikan, jin akan bebas seperti keadaan layang-layang yang terputus talinya. Maka ia akan berkeliaran di atas muka bumi ini untuk mencari pewaris baru,” katanya.
Sharhan berkata kebiasaannya jin berpindah kepada anak cucu yang mengamalkan jampi tertentu yang diambil daripada si mati.
“Saka turut berpindah kepada waris seperti anak atau cucu yang menyimpan barang peninggalan si mati. Mereka berpotensi besar mewarisi saka disebabkan pernah tinggal serumah bersama si mati.
“Selain itu, golongan yang menjadi sasaran kepada saka adalah anak cucu yang cetek pengetahuan agamanya, sentiasa melakukan maksiat, meninggalkan ibadat seperti solat, mereka yang lemah fizikalnya serta memang terlalu menginginkan sangat kehebatan serta kelebihan nenek moyang mereka,” katanya.
Beliau berkata memang terdapat pertalian erat antara jin dan saka kerana jin yang diwariskan itu umpama harta peninggalan.
“Terdapat hadis daripada Abu Tha’labah berkata. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jin itu mempunyai tiga jenis iaitu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, jenis yang berbentuk ular dan anjing dan jenis yang berpindah randah.
“Jenis jin ketiga itu dikelaskan jenis jin yang menjadi saka kerana mampu berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya,” katanya.
Sharhan berkata mereka yang memiliki saka juga mempunyai kebolehan mengubati penyakit yang disebabkan oleh jin dan syaitan tetapi mereka menggunakan dengan cara meragukan.
“Kebanyakan mereka berubat dengan kaedah menurun. Pembawa saka mampu mengubat tetapi dengan menggunakan jampi yang mempunyai unsur syirik.
“Malah jampi yang digunakan langsung tidak difahami maknanya,” katanya.
Beliau berkata terdapat amalan yang mampu menghalang seseorang itu menjadi mangsa saka dengan berkat keizinan Allah SWT.
“Segala bentuk gangguan jin dapat dielakkan dengan syarat kita percaya dan benar-benar yakin Allah yang menyembuhkan.
“Antaranya boleh mengamalkan zikir, membaca surah Mulk sebelum tidur, berwuduk sebelum tidur atau ketika mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, jadikan amalan membaca surah Yaasin setiap Subuh, membaca Basmalah sebagai wirid setiap kali melakukan pekerjaan dan perdengarkan bacaan ayat ruqyah di dalam rumah,” katanya.
Petanda seseorang mempunyai saka:
Gejala waktu tidur

- Susah tidur malam.
- Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
- Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
- Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
- Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
- Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
- Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
- Berdiri dan berjalan ketika tidur.
- Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
- Mimpi melihat budak kecil.
- Mimpi melihat salib atau gereja.
- merintih dan menangis ketika tidur.
- Selalu pening kepala.
- Lalai mengingati Allah SWT
- Sering lesu dan malas.
- Rasa sakit di salah satu anggota badan.
- Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
- Lenguh sendi-sendi utama.
- Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
- Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
- Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
- Mudah marah dan panas baran.
- Emosional dan terlalu sensitif.
- Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
- Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.
Sunday, 17 April 2011
Pelancaran Program Buku Di Tangan
NILAM OH NILAM
Nadi Ilmu Amalan Membaca
Thursday, 14 April 2011
Apa Kata Horoskop
Pisces - April Horoskop:
Kerja keras dan agresif. ......Benar, sebahagian hidup,ku banyak ku habiskan untuk menunjukkan betapa komitednya aku pada kerja. aku memang agak agresif minggu ni.
Ego akan tetap merupakan bahagian integral dari pemikiran serta sikap.
Ego........aku sedar aku memang ego, Tapi semua orang ada ego masing-masing. Aku juga selalu memperkenalkan diri ku sebagai seorang yang ego. Lantak.... apa orang nak kata. Tapi hatiku baik sebenarnya. Terpulang kepada penilaian masin-masing.
Ego dalaman dan sub sedar sampai tarikh 15 April 2011,
16 April 2011 dan seterusnya, Ego bisa jelas dalam pidato.
Hahaha.......inilah kata horoskop ku, Apa agaknya yang akan aku lontarkan pada 16 April dan hari-hari berikutnya. Yang pasti aku memang dah rancang nak adakan meeting minggu depan. Aku nak menyengat orang ker? Tapi tak bisa manapun.....
Kewangan akan tetap aktif pada separuh kedua bulan.
Duit..duit.. . Duit nilah lebih menyenangkan hidup kita. Nak makan guna duit. Nak beli guna duit. Nak pakai cantik pun nak duit. Nak pergi Mekah lagi nak banyak duit. Sedekah, amal jariah...semuanya duit..
Hal keluarga akan fokus juga.
InsyaAllah, keluargaku hidupku, kebahagiaanku.
Subscribe to:
Comments (Atom)