Sudah tiga hari tak sempat aku menjenguk ke blog ini. Ada-ada saja program yang harus aku lakukan. Walaupun sekolah bercuti pada hari Jumaat, namun aku tetap juga ke sekolah. Aku, dan dua orang rakan guru yang lain telah berjanji untuk mengadakan latihan terakhir kepada murid-murid pasukan koir lagu "Buku Di Tangan dan Membaca Gaya Wawasan". Kedua-dua lagu ini merupakan lagu yang telah dipersembahankan oleh murid-muridku semasa Pelancaran Program Buku di Tangan baru-baru ini. Pegawai Pendidikan Teknologi PKG Ketereh, En Mohamad b Rabuna yang merasmikan program tersebut telah meminta aku rakamkan lagu tersebut untuk koleksi PKG.
Aku sungguh bernasib baik kerana telah ditawarkan untuk merakamkan lagu tersebut di studio rakaman di BTPN negeri oleh seorang pegawai dari BTPN. Pucuk dicita ulam mendatang. Peluang ini tak mungkin aku lepaskan.
Ahad - 27 Mac, aku bersama tiga orang lagi guru pengiring yang lain membawa murid-murid kami seramai 21 orang. Tepat jam 10.00 pagi kami sampai dan disambut oleh En Kasman, pegawai dari unit Media. Beliau merupakan bekas pegawai PKG Ketereh yang dinaikkan pangkat ke BTPN negeri. Inilah untuk pertama kalinya aku melihat bagaimana proses rakaman lagu dilakukan di dalam studio. Tak semudah yang disangkakan. Beberapa kali percubaan dilakukan bagi menghasilkan yang terbaik. Selama dua jam masa yang diambil bagi rakaman tersebut.
Tepat pukul 1.00 tengah hari, kami bertolak pulang ke sekolah. Aku singgah ke kedai nasi Kak Wook di Telipot dan membeli 25 bungkus nasi. Perut mula berkeroncong, tengkuk pula kehausan. Kesian murid-muridku. Mereka tentu tersangat lapar. Mereka terlalu keletihan. Apa tidaknya, kalau kebiasaan mereka berehat pada pukul 10.45 pagi tapi hari ini mereka tiada rehat, cuma berpeluang membasah tengkuk dengan beberapa teguk air mineral.
Sampai di sekolah tepat pukul 2 .00 petang. Apa lagi.....perut yang sangat lapar terus diisi. Selepas makan, murid-muridku harus menyambung kelas Fardu Ain mereka. Tak dapat aku bayangkan betapa letihnya mereka. Tetapi sebagai pelajar tugas dan tanggungjawab mereka haruslah mereka lakukan walaupun dalam keadaan penat sekalipun. Syabas, murid-muridku. Aku berharap semuga mereka akan menjadi murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang suatu hari nanti. Harapan ibu bapa, guru-guru dan harapan sekolah menjadi tanggungjawab yang harus dipikul oleh pelajar-pelajar kerana UPSR yang bakal mereka tempuhi tahun depan menjadi kayu pengukur kepada pencapaian sekolah.
Hari ini aku terpaksa uruskan lawatan ke pamaeran buku Kelantan yang akan berlangsung pada 29 Mac hingga 4 April di Dewan Jubli Perak MPKB. Sebanyak enam buah bas telah ditempah untuk mengangkut murid-murid ke sana. Aku telah menetapkan untuk pergi pada 30 dan 31 Mac. Mungkin lebih 300 orang murid akan menyertai lawatan tersebut. Harapanku semuga lawatan tersebut akan memberi pengalaman kepada murid-murid tentang suasana di tempat pameran. Sesungguhnya, pengalaman itu adalah satu pembelajaran yang amat bermakna.
WELCOME
SALAM BUAT PENGUNJUNG BLOG GEMILANG-YAHMAD
Sekadar mengisi masa terluang dan merakam apa-apa yang tak mungkin berulang. Sesungguhnya kita sentiasa memburu kegemilangan dalam hidup baik di dunia mahupun di akhirat.
Tuesday, 29 March 2011
Friday, 25 March 2011
Tips Kesihatan Berdasarkan Watak
Perwatakan kita mempengaruhi keadaan kesihatan.Watak kita adalah hasil dari pengaruh gen dan agennya. Dengan mengetahui kita termasuk karakter mana akan menjadikan kita berwaspada terhadap risiko kesehatan, kata Dr Martin Hagger, pakar psikologi kesihatan dari Universiti Nottingham dan Universiti Curtin, Australia.
Manfaat positif lainnya, kata Hagger, kita juga memeroleh kesempatan mengenal dan menganalisis aspek yang kurang sehat dalam pelakuan kita seperti kebiasaan merokok atau minum alkohol.
Watak Periang
Mereka yang masuk kategori ini biasanya mempunyai pandangan yang luas tentang kehidupan.
Para ahli dari Doshishai Kyoto, Jepun menganalisis lelaki dan wanita obesiti yang sedang menjalani program pelangsingan termasuk konseling, latihan olahraga dan diet.Hasilnya mereka menemukan mereka yang fikirannya paling positif mencatat penurunan berat badan paling sedikit.
Pakar Universiti California AS menemukan rasa kepercayaan diri mengatasi kesulitan hidup dan dapat menangani risiko lebih besar. Hal ini juga menjelaskan mengapa mereka berwatak periang relatif mati di usia muda.
Cemas
Para pengkaji di Universiti Descartes, Paris, dan Centre for Addiction and Mental Health, Toronto, Kanada, menemukan mereka yang dependen dan secara emosional kurang stabil juga cenderung merokok dan minum alkohol, memiliki kebiasaan makan tidak teratur dan gangguan tidur. Tingginya kadar hormom stres juga mendedahkan kepada masalah sakit kepala, jerawat dan pelbagai penyakit lain.
Mereka dari kumpulan ini lebih cenderung melakukan seks..
Sensitif
Lelaki yang wataknya seperti wanita — simpatik dan penghiba — memiliki kadar stres yang lebih rendah dan berisiko lebih kecil mengalami serangan jantung.Kajian Universitas Glasgow Scotland.
Dalam kajian itu para lelaki diberikan nilai ‘maskulin’ dan ‘kewanitaan’ berdasarkan perilakunya seperti kemampuan memimpin, rasa belas kasihan dan sensitif kepada keperluan orang lain.
Pemalu
Menurut kajian mereka yang bersifat pemalu 50 peratus berisiko lebih besar mengidap sakit jantung. Penyelidik dari Universii Northwestern Chicago melakukan kajian selama 30 tahun berkata ini kerana kumpulan berwatak pemalu cenderung memilih hidup bersendirian dan mengasingkan diri hingga mendedahkan kepada stress apabila berdepan masalah.Anda dari golongan mana?- Y.A.
Saturday, 19 March 2011
Ubat Hati
Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:
- Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
- Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
- Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
- Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
- Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.
GOUT
Pengenalan
Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
• Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
• Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
• Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
• Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
• Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
• Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
• Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Tanda Gout
• Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
• Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
• Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
• Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
• Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
• Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
• Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Komplikasi
• Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
• Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
• Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
o Kegemukan
o Darah tinggi
o Hiperlipidemia
o Diabetes
Rawatan
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
Rawatan serangan akut
• Rehatkan sendi semasa serangan gout.
• Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi.
Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
• Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
• Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
o Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
o Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
• Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
Rawatan Jangka Panjang
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
���� Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
���� Mengelakkan minuman keras (Haram dalam Islam)
���� Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
���� Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi
Pemakanan
Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:
ELAKKAN MAKAN
• Organ dalaman seperti hati, paruparu, ginjal dan otak
• Ikan bilis, kembung, sardin
• Daging cincang
• Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
• Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
KURANGKAN MAKAN
• Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
• Peanuts, lentil, beans and peas
• Poultry
• Roti jagung dan bijirin
Pencegahan
• Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
• Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubung kait dengan gout.
• Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
• Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
• Minum banyak air.
Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?
Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan kejadian penyakit gout.
Adakah Gout Boleh Diwarisi?
• Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan.
• Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
• Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.
Jika anda memerlukan lebih maklumat lanjut tentang gout, layarilah laman web Arthrits Foundation Malaysia di www.afm.org.my
RAWATAN BERKESAN UNTUK ANDA TANPA MENGAMBIL UBAT-UBATAN
Bagaimana pengambilan susu kambing dapat membantu masalah gout anda.?
Kita mengetahui bahawa susu kambing adalah bersifat alkali manakala gout adalah penyakit yang disebabkan oleh terlalu banyak asid urik di dalam badan.
Dengan pengambilan susu kambing, asid yang terlalu banyak di dalam badan dapat dineutralkan atau paras asid dapat diturunkan. Asid yang berlebihan akan dikeluarkan secara semulajadi melalui perkumuhan samada melalui pembuangan air kecil atau air besar. Apabila asid urik di dalam badan berkurangan, simptom penyakit gout akan berkurangan dan insyaAllah dapat menyembuhkan penyakit gout anda.

www.afm.org.my
Apakah Ia Radang Sendi Kanak-kanak (Juvenile Idiopathic Arthritis)? Simtom yang sungguh berbeza yang menjadi tanda sesuatu penyakit yang sememangnya berpelbagaian, yang kini dikenali sebagai Juvenile Idiopathic Arthritis, ataupun JIA, iaitu, Radang Sendi Kanak-kanak. Read more >>
Sayangi Mereka Selagi Ada
Seminggu bercuti rasanya amat singkat. Persekolahan akan bermula semula. Semua persiapan untuk menghadapi hari esok rasanya belum sempat aku selesaikan. Masih banyak kerja-kerja tertunggak yang tak sempat aku bereskan memandangkan setiap hari ada-ada sahaja urusan luar rumah yang terpaksa dilakukan. Hari ini aku masih lagi dengan jadual sepanjang cuti ini iaitu menghadiri majlis kenduri. Satu di Kota Bharu, rumah sepupuku dan satu lagi di Tumpat, rumah kawan suamiku.
Petang nanti, aku berharap semuga aku sempat menjenguk kedua orang tuaku di Wakaf Che Yeh. Selagi mereka masih hidup, selagi itulah sebagai anak kita perlu memberikan sedikit ruang untuk mereka. Kehadiran anak-anak sesungguhnya satu magic yang dapat membangkitkan kekuatan, semangat, kesihatan, keseronokan, kebahagiaan dan kesukaan yang dapat memberikan nafas kepada mereka. Selagi kedua ibubapa kita masih hidup, berbaktilah kepada mereka,hiburkan hati mereka dan jagalah mereka sebagaimana mereka telah menjaga kita dari kecil dahulu sehingga kita dewasa dan menjadi seorang manusia.
Ingin aku berkongsi pengalaman yang tak mungkin aku lupakan. Sebagai seorang guru penyelaras pusat sumber sekolah aku dibebani dengan tugas dan tanggungjawab yang amat berat. Banyak kerja-kerja yang perlu dilakukan bila persekolahan baru bermula. Pada penghujung tahun, aku sudah mula sibuk dengan mesyuarat-mesyuarat yang terpaksa dihadiri. Mesyuarat perancang sekolah, mesyuarat kurikulum, mesyuarat guru, mesyuarat induk pusat sumber dan di samping itu aku juga terpaksa menguruskan pakaian seragam pustakawan-pustakawan sekolah di samping menyediakan segala perancangan dan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan bila persekolahan baru bermula. Dek kesibukan melampau, aku hampir lupa kepada kedua orang tuaku. Tak sempat aku menjeguk mereka, menelifon mereka atau bertanya kabar, walhal bukanlah jauh sangat, sekadar 25 kilometer dari rumahku.
Satu hari aku mendapat panggilan telefon dari adikku memberitahu ibuku tak sihat, sudah seminggu tak dapat bangun. Tak mahu makan malah bercakap pun tak mahu. Abangku yang berada di Perak pulang. Betul, ibu langsung tak mahu bercakap. Kami memicit-micit dan menggosok ibu dengan kasih sayang. Bila jam 1 malam baru aku pulang ke rumah. Setiap hari selama seminggu aku pulang menjenguk ibu. Begitu juga dengan adik beradik ku yang lain. sesungguhnya bagai satu magik, setelah tiga hari, ibu dapat bangun dan berjalan sendiri, memasak dan menunaikan solat secara berdiri. Selepas seminggu, ibu juga telah keluar ke pasar tani Wakaf Che Yeh, pasar tani yang tersohor di Kelantan. Itulah , sebenarnya ubat dan penawarnya. Kehadiran anak-anak disekeliling mereka adalah ubat dan penawar yang terbaik.
Beberapa hari yang lepas, mertuaku juga yang sememangnya sakit kelihatan amat letih yang ketara. Kami anak beranak berada di sekeliling mereka. Begitu juga dengan jiran-jiran terdekat. Bapa mertuaku langsung tak boleh ditinggalkan sendirian. Kalau melihatkan keadaannya, seperti sudah mahu meninggalkan kami semua. Aku rasa sangat sedih melihat keadaannya. Tapi gerak hatiku yakin bahawa satu keajaiban akan berlaku. Memang tepat sekali jangkaanku. Pada petang itu sampailah anaknya yang berada di Perak, pulang anak-beranak. Mertuaku sihat serta merta. Sudah boleh bangun dan dapat pula ke kedai kopi terdekat dengan dibawa oleh anak-anak mereka. Sehingga hari ini setelah tiga hari berlalu, Alhamdulillah, kesihatannya dapat bertahan. Sememangnya Allah maha mengetahui tentang hamba-hambanya dan sebagai anaik-anak, lakukan yang terbaik selagi hayat masih ada. Sayangi ibu bapa, Allah sayangi kita, sayangi manusia, Allah juga sayang kita, kerana sesungguhnya Allah Maha Penyanyang lagi Maha Mengasihani. Sentiasalah bermohon keredhaan Allah. Amin.
Selamat kembali ke sekolah kepada semua guru dan pelajar. Berpeganglah kepada keikhlasan, amanah, dedikasi dan penuh bertanggungjawab.

Thursday, 17 March 2011
Ruang Santai
Inilah ruang dimana ahli keluarga banyak menghabiskan masa. Paling membosankan ialah ruang ini sering dijadikan tempat tidor dan tempat makan.
TIPS KECANTIKAN DIRI DAN KEBAHAGIAN RUMAH TANGGA...
1. Selepas solat Isyak
2. Ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali
3. Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
4. Tiup dalam air dan minum.
5. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

Sunday, 13 March 2011
How To Make People Like You
Smiling
“Smiling really does make you seem friendlier,” so if you’re smiling, you’re more likely to get a smile back, which can set the perfect stage for a first friendly conversation." Smiling can actualy lift your mood. So, even if you're feeling a little down that day, it's worth trying to slip on a smile--especially if it means you'll get one back. You'll make yourself feel better as well as those around you.
Be a good listener
It’s easy to feel obligated to entertain someone you’ve just met in order to win them over with your charisma and charm. “But most people are more interested in impressing you and making you laugh, Instead, focus on being an attentive, responsive listener. This is a better way to engage with someone. It lets them know that you find them interesting and fun.”
Share Something About Yourself
When you’re first getting to know someone, it’s inevitable that conversations are going to revolve around questions and answers. While it’s true you shouldn’t babble on about yourself, it’s equally frustrating for others if you also refuse to give anything away. “So, do make an effort to share something about yourself, Plus, divulging a few tantalizing tidbits about yourself – but not too much – will naturally make the other person interested and curious and likely want to see you again to find out more.
Strike the Right Pose
Fact: Your posture can be a plus or a problem. It’s something people notice right away. It indicates to others your level of interest, so let your body language do the work to let people know you’re enjoying their company. “If you’re engaged with someone, face them and lean toward them,” Nod your head, laugh when they’re funny and make eye contact to show you’re invested in what they’re saying. “Don’t hold your bag in front of you or cross your arms or legs away from them. This closes you off, making you seem unwelcoming.” The body language to avoid at all costs: “Scanning the crowd when someone is talking to you,” “This often-offensive action can make people feel like you’re bored with their conversation or searching for someone better to talk to.”
Lighten Up!
Go ahead and have a good laugh -- at yourself. “It shows you don’t take yourself too seriously and this often instantly puts others at ease,” “And by making the other person comfortable and relaxed, they’re free to fully enjoy themselves in your presence.” The result: You quickly become a pleasure to be around, a big factor when it comes to friendship. Just be careful not to overdo itGoing overboard, like disparaging yourself, can make others feel uncomfortable. “Especially in early interactions because it makes others uncertain of how to respond Plus, you might come off as though you’re fishing for compliments.
Saturday, 12 March 2011
Diary hari ini
Bila musim cuti sekolah tiba banyak undangan perkahwinan yang diterima. Lebih sedozen kad undangan majlis perkahwinan dan kesyukuran yang telah kuteliti. Hari ini aku terpaksa menghadiri empat majlis perkahwinan. Mujurlah kesemua undangan untuk hari ini tidaklah jauh sangat.
Jam 12.00 tengah hari aku telah mula bersiap. Namun sebelum itu tak lupa aku siapkan masakan tengah hari untuk anak-anak. Kebetulan, semua anak-anak ada di rumah. Anak sulungku baru sampai dari Kuala Lumpur, cuti tiga hari. Anakku yang belajar di Kedah pun pulang kelmarin. Anak gadisku juga ada di rumah, cuti dua hari. Hari ini giliran dia membantu aku memasak didapur. Manakala anak gadis yang kedua dihantar oleh susmiku ke tempat kerjanya.
Pukul 12.30 tengah hari, aku bertolak dengan Exoraku dengan menumpangkan tiga orang jiran terdekat ke majlis perkahwinan yang pertama. Hari ini hujan turun agak lebat juga, kadang-kadang bertukar rintik-rintik. Nasiblah, kenduri dalam hujan, perarakan pengantin pun dalam hujan. Semuga pengantin-pengantin baru hari ini sentiasa berada dalam sussana yang harmonis, aman damai dan kekal hingga ke anak cucu..
Petang, menghantar anakku untuk balik ke Kedah, ia menumpang kawannya. Selepas menghantar anak, aku terus ke majlis perkahwinan yang terakhir untuk hari ini. Perut terasa amat penuh.Ingatkan nak diet tapi aku sesungguhnya tidak boleh sabar untuk makan di tempat kenduri. Makanan kegemaranku, labu sira. Itulah yang paling enak yang menjadi pembuka seleraku.
Esok, ada tiga undangan perkahwinan. Kesemuanya agak jauh juga. Tapi aku merasa lega kerana esok suamiku cuti. Esok juga aku berhasrat untuk melawat kakak iparku di hospital yang menjalani pembedahan. Namun, pagi esok aku harus ke sekolah dahulu untuk memastikan latihan dan persembahan murtid-murid berjalan lancar sebelum ke BTPN untuk dubbing lagu "Buku di Tangan" dan "Membaca Gaya Wawasan". Apa yang kuharapkan semuga semuanya berjalan lancar dan semuga Allah sentiasa memberkati kehidupanku sekeluarga.

Friday, 11 March 2011
Dalam meniti kehidupan sesungguhnya terlalu sukar bagi sesetengah orang, tapi terlalu mudah bagi sebilangan orang. Kadangkala seseorang itu terpaksa berlari-lari untuk mengejar apa yang yang diimpi, Mengejar masa, mengejar waktu dan mengembelingkan usaha dan tenaga demi mencapai apa yang dihajati. Namun tidak semua orang diberi dugaan. Kesempitan hidup kadang-kadang akan mengajar manusia agar lebih berusaha, lebih gigih dan lebih memikirkan apa yang harus dilakukan demi masa depan.
Manusia tidak akan terlepas dari mencari dan terus mencari demi satu kehidupan yang lebih cemerlang. Namun mengapa mereka harus sentiasa saja berada dalam satu keadaan yang menyukarkan, memeritkan, menyeksakan malah kadang-kadang menyakitkan. Sebagai manusia, kita sebenarnya terlalu lemah.
Sebagai manusia terimalah ketentuan Allah dengan sabar dan redha. Tak perlu berkeluh kesah.....mohonlah keberkatan Allah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui tentang hamba-hambanya. Bersyukurlah dan sentiasa berdoa memohon keampunan Ilahi.

Tuesday, 8 March 2011
Subscribe to:
Comments (Atom)