WELCOME


SALAM BUAT PENGUNJUNG BLOG GEMILANG-YAHMAD
Sekadar mengisi masa terluang
dan merakam apa-apa yang tak mungkin berulang. Sesungguhnya kita sentiasa memburu kegemilangan dalam hidup baik di dunia mahupun di akhirat.

Monday, 30 May 2011

Rahsia Awet Muda

Gaya hidup sihat bantu kekal sihat sampai tua

SIAPA yang tidak terganggu memikirkan usia semakin meningkat. Selain bentuk fizikal, kudrat juga semakin terhad. Cuba fikir sejenak, mahukah kita menjadi seorang tua yang lemah, tidak berdaya, cerewet, pelupa, rabun, tidak sihat dan lebih selesa bersendirian tatkala anak cucu datang menjenguk atau menjadi warga tua yang cergas, aktif, sihat dan gembira menempuh saat persaraan.

Definisi peningkatan usia yang dikaitkan dengan nombor tidak lagi relevan. Penuaan adalah proses semula jadi yang tidak boleh dielakkan, tetapi ia boleh dilengahkan. Pakar perubatan hari ini tidak lagi mentakrifkan tua berdasarkan umur biologi (angka), sebaliknya lebih melihat kepada tahap kesihatan seseorang.

Mengikut kajian, bilangan warga tua di Malaysia meningkat hampir 1.4 juta pada 2000 dan dijangkakan mencecah 3.4 juta menjelang 2020. Walaupun ini menunjukkan negara akan kebanjiran warga tua berbanding warga muda, ia bukan bermakna warga tua tidak mampu untuk menjadi lebih produktif.

Ramai tidak sedar banyak yang boleh dilakukan individu untuk kekal aktif dan sihat dalam meniti usia tua. Risiko dan beban penyakit kronik meningkat dengan pertambahan warga tua. Begitupun ia boleh dicegah sekiranya mengamalkan gaya hidup sihat, saringan kesihatan tahunan pada peringkat awal bagi mengesan penyakit dan melengahkan merebaknya penyakit dengan perubahan gaya hidup dan pengambilan makanan seimbang.

Perunding Perubatan Dalaman dan Geriatrik Pusat Perubatan Prince Court, Dr Rajbans Singh, berkata dalam meniti usia tua, risiko mendapat penyakit kronik seperti kardiovaskular, diabetes, tekanan darah tinggi, dementia dan Alzheimer adalah tinggi selain penyakit berkaitan kesihatan mental, kanser dan pelbagai lagi.

“Mengesan awal, langkah pencegahan dan pengurusan penyakit lazim seperti darah tinggi dan diabetes mampu mengekalkan tahap kesihatan dan hidup berdikari. Menggalakkan warga tua aktif mental dan fizikal penting buat populasi yang semakin meningkat usia ini dengan mengamalkan pemakanan seimbang kerana ia mampu mengurangkan risiko sakit jantung, strok, diabetes jenis 2, masalah tulang, beberapa jenis barah dan anemia.
“Ramai warga tua berubah menjadi sangat memilih makanan, ada juga yang enggan mendengar nasihat doktor untuk mengamalkan pemakanan seimbang dan penuh nutrisi bagi memastikan terus sihat, cergas dan aktif,” katanya selepas perasmian Program Kesejahteraan Warga Tua di PPPC, baru-baru ini.

Masalah kesihatan paling lazim diterima ialah arthritis dan sakit sendi, sakit belakang, osteoporosis, masalah pendengaran, hilang penglihatan, hilang ingatan, tekanan, hilang stamina dan hilang selera.

Kebanyakan masalah ini boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat. Masalah berkaitan sakit sendi dan arthritis pula boleh dialihkan atau dilengahkan daripada merebak dengan ubat-ubatan.

Dr Rajbans turut mendedahkan, kini kajian saintifik menyeluruh dijalankan terhadap sel stem bagi menangguh atau melambatkan proses penuaan sel manusia secara semula jadi supaya mereka kekal kelihatan muda walaupun sudah berusia.

Kajian menunjukkan, menjelang 2050 warga tua atau populasi kelabu ini dijangka mencecah dua bilion dan 80 peratus daripada jumlah itu tinggal di negara membangun. Ini membuktikan paras lanjut usia penduduk juga semakin panjang dengan 80 peratus kematian berlaku ketika usia mencecah lebih 60 tahun.

“Sekiranya warga tua mampu mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan diri, mereka juga mampu memainkan peranan yang cukup efektif dalam membangunkan bangsa dan negara dengan berkongsi pengalaman, kepakaran, skil dan kebijaksanaan,” katanya.

I don't like to sleep alone with lyrics

Sunday, 29 May 2011

Suasana di bilik APD dan Perpustakaan (Majlis Pot Luck Hari Guru)











Nota Hari Guru

Walau  Hari Guru sudah seminggu berlalu, namun baru hari ini aku berkesempatan membelek ke blog ini dan ingin aku mencatat sedikit nota.
Bila guru banyak berkorban
Biarlah tak siapa nampak berbulan-bulan
Semua itu tak akan menjadi ukuran
Kerana tersembunyi jariahnya yang menjadi jalan.

Senyum, tangis, tawa ria, marah, jenaka, sedih, gurau senda, gembira, bahagia
Itu hari-hari biasa insan bersama guru
Tiada meminta hadiah di hari guru
Tugas tetap dilaksanakan jua
Dengan penuh tanggungjawab
Pendidikan bakal menjana transformasi

Sekal;ung tahniah buat semua rakan guru
Jerit perih mendidik anak bangsa
Tanpa menghirau tahap mereka
Kerana guru biasa sememangnya luar biasa
SELAMAT HARI GURU

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

Saturday, 14 May 2011

Sudah seminggu tidak menjenguk ke blog ini. Bila buka jer blog ini kedengaran lagu Anuar Zain. Jemu juga dengar lagu tu ulang-ulang. Tak sempat nak masukkan lagu-lagu lain. Tak per lah asal buka.... perlahankan saja speaker tu.
Hari ibu sudah seminggu berlalu...tapi semalam baru sempat adakan majlis potong kek Hari Ibu. Maklumlah tengah sibuk-sibuk orang dok sambut Hari Ibu, suami dan anak-anak pergi Kuala Lumpur. Ada urusan......
tak kisahlah. Janji anak-anak gembira.

Saturday, 7 May 2011

Resepi Sambal Mangga

Petang semalam suamiku membawa pulang mangga muda. Menjadi sungguh mangga yang ditanam di kawasan pejabatnya. Katanya sedap dibuat jeruk. Hemmm........memang jeruk mangga muda..sedap. Aku dan suami sama-sama memotong mangga untuk dibuat jeruk. Hehehe.........dapat dua botol.


Mangga selebihnya akau simpan untuk dibuat sambal mangga. Sambal mangga ni pembuka selera bila makan dengan nasi, lebih-lebih lagi makan nasi panas-panas untuk makan tengah hari. Tengah hari ni resepiku tentunya sambal mangga muda dengan ikar bakar cicah air asam.

 Cubalah resepi ........sambal mangga muda.

2 ekor ikan (selar, kembung, tenggiri ) direbus atau digoreng
1 biji mangga (muda)
Sedikit belacan
4 biji cili merah kecil
garam
gula

1.     parut mangga.
2.     Tumbuk/blend cili merah dan belacan.
3.     Tumbuk mangga yg diparut, masukkan garam dan gula.
4.     Tumbuk ikan yg telah dibuang tulang hingga hampir lumat.
Siap . boleh dimakan

* jika menggunakan ikan goreng, letakkan garam sedikit sahaja

Resipi 2

 2 -3 ekor ikan, dibakar tanpa garam hingga masak
1 biji mangga muda, dikupas kulitnya
cili api secukup pedas
sedikit garam dan gula

Cara Membuatnya
1.     Tumbuk cili, garam dan gula. 
2.     Masukkan mangga dan tumbuk lagi.  Jangan sampai lumat.
3.     Kemudian masukkan ikan dan tumbuk lagi untuk sebatikannya.
Hidangan ini sedap dimakan dengan nasi panas-panas bersama ulam petai, jering, kerdas, kacang panjang atau timun dipadankan dengan sayur pedas petola dll. juga ikan kering bakar..

ps : selain ikan bakar/rebus, udang baring/ geragau boleh juga dibuat begini & selain mangga, buah kecupu atau belimbing buluh boleh digunakan.  Boleh juga dicampur ikan kering bakar.  Selain tu, ikan darat seperti puyu dan haruan bakar boleh digunakan.  Ikut selera masing2

Tuesday, 3 May 2011

Suami & Isteri

" Behind every successful man stand a women with a handful of outstanding bills " , hahahaha.........gurau aje , kenapa macam tu..... , Oppps....." Behind a successful husband stands a proud wife ".

Hidup sebagai suami isteri ini sewajarnyalah kita saling pandai mengambil hati antara satu sama lain. Jangan hanya panadai bergurau dengan kawan-kawan jer...... pandai berjenaka dengan member-member jer.....kenapa tidak dengan pasangan kita ........hihihi......... kata orang if your wife laughs at your jokes , it means that you either have a good joke or a good wife .

Pergaduhan dan perkelahian yang berlaku antara suami isteri , kadangkalanya bukanlah berpunca dari pasangan berkenaan tetapi ada pihak ketiga yang membuat onar , biasalah mana ada orang boleh tengok orang lain senang - those people who don't mind their own bussiness , either have no mind or no bussiness