WELCOME


SALAM BUAT PENGUNJUNG BLOG GEMILANG-YAHMAD
Sekadar mengisi masa terluang
dan merakam apa-apa yang tak mungkin berulang. Sesungguhnya kita sentiasa memburu kegemilangan dalam hidup baik di dunia mahupun di akhirat.

Thursday, 14 April 2011

Meniti Hari

Hari ini Khamis 14 April, masa berlalu begitu cepat. Bnyak hal berlaku dalam tempuh yang singkat ini. Masalah peribadi, masalah kerja, masalah family semuanya memerlukan kesabaran. Aku perlu komited dengan kerja. Aku sedar kadang-kadang terpaksa mengabaikan family. Ibu bapa ku di kampung tak sempat aku menjenguk mereka. Apalah perasaan kedua orang tuaku, yang pasti........ aku tahu jawapannya.

Khamis minggu yang lepas, aku rasa amat letih sekali. Persediaan pentas bagi majlis PIBG memerlukan sentuhan kreatif agar cantik dan menarik tetamu yang hadir. Cuma aku sedikit bernasib baik kerana hiasan pelamin sedia ada yang digunakan semasa majlis MTQ tiga hari sebelumnya masih terpasang di dewan itu. Namun majlis yang berbeza memerlukan kelaianan yang harus d persembahkan. Sesungguhnya hasil usaha yang tidak mengenal penat lelah akan berbaloi apabila kepuasan dapat dirasa.

Kelas tambahan bagi menggantikan kelas hari Sabtu.juga bermula jam 2 petang. Selesai solat Zohor aku terpaksa bersama murid sehinggalah jam 3.30 petang. Pulang ke rumah dalam keadaan yang amat letih sekali.

Biasalah waktu petang yang terluang aku melayari facebook. Membaca mesej dalam inbox.....aduh.........tak sangka pula. Ah, tak kisahlah...............

Jumaat, aku ke Rantau Panjang, sempat membeli tray di kedai Luminac. Mahal pun tak apa, asal hati berkenan. Tray yang berharga RM99.00 , aku dapat potongan 10%. Aku nak guna tray ini untuk majlis PIBG dan Program Senyum, Salam dan Terima Kasih. Yang pasti Tray ni cukup cantik dengan warna steel bersalut emas. Sesungguhnya amat suka kepada sesuatu yang cantik. Cantik itu menawan.

Sabtu, Mesyuarat PIBG...pagi-pagi lagi aku ke sekolah. Ya Allah.......apa sebenarnya yang aku fikirkan, aku telah tidak memakai uniform batik sekolah. Guru Besar pastinya menyindirku, aku dikatakan bukan guru sekolah itu........lantaklah......yang pasti laksa hari tu sedap sekali. Laksa yang lebih dapat ku bawa pulang. Laksa lemak merupakan favourite ku.

Ahad, Program penerapan nilai murni, aku ditugaskan untuk menyiapkan majlis pelancaran program bagi perasmian majlis. Kelam kabut sedikit pagi tersebut kerana aku agak lewat ke sekolah, kawan-kawan menunggu kadatanganku, tapi alhamdulillah semuanya lancar dan sempurna. Kenapalah aku?

 Isnin, majlis meraikan PKP ku yang telah naik pangkat sebagai Guru Besar.....orang politik cepatlah naiknya.....tak macam aku, aku ni jenis selalu tolak glamour........tak kisah.......namun aku tetap selalu glamour juga. Hahahaha........Tuu....... semua tak pentinglah. Dalam hidup ini banyak lagi yang lebih penting, yang memerlukan perhatian ku. Suami dan anak-anak.

Majlis menghantar ke SK Seri Melur...dapat makan nasi dagang.

Selasa, bilik kerjaku sudah siap dibuat pendawaian elektrik. Malas aku nak kemas. Biarkan....
Rabu, aku mengemas bilik dibantu rakan guru. Tq banyak2. Sekarang bilik ku sudah kemas dan selesa untuk aku bekerja. Bila dah pasang langsir nanti, bilik ini akan cantik sekali. Akukan suka suasana yang cantik/

Hari ini Khamis, tadi majlis menghantar, PK KO dari SK Zainab 1, naik pangkat dan menjawat jawatan PKP baru di sekolah ku. Biasalah....tugasku untuk sambutan tu...yang pasti aku telah sediakan pantun yang cukup menarik. Sakit kepala ku untuk dapatkan idea mereka pantun yang nak aku pamirkan bagi majlis tersebut.
Welcome to SKKL, teruskan agenda negara kerana itulah tugas kita. Guru adalah pendukung aspirasi negara.
Aku tetap orang kerajaan. Makan gaji pun dengan kerajaan. Sokong kuat pada kerajaan yang memerintah. Hahahahaha.............

Jangan selalu mengharapkan hidup yang indah kerana bimbang kita akan terpedaya dengannya.

No comments:

Post a Comment