WELCOME


SALAM BUAT PENGUNJUNG BLOG GEMILANG-YAHMAD
Sekadar mengisi masa terluang
dan merakam apa-apa yang tak mungkin berulang. Sesungguhnya kita sentiasa memburu kegemilangan dalam hidup baik di dunia mahupun di akhirat.

Saturday, 7 May 2011

Resepi Sambal Mangga

Petang semalam suamiku membawa pulang mangga muda. Menjadi sungguh mangga yang ditanam di kawasan pejabatnya. Katanya sedap dibuat jeruk. Hemmm........memang jeruk mangga muda..sedap. Aku dan suami sama-sama memotong mangga untuk dibuat jeruk. Hehehe.........dapat dua botol.


Mangga selebihnya akau simpan untuk dibuat sambal mangga. Sambal mangga ni pembuka selera bila makan dengan nasi, lebih-lebih lagi makan nasi panas-panas untuk makan tengah hari. Tengah hari ni resepiku tentunya sambal mangga muda dengan ikar bakar cicah air asam.

 Cubalah resepi ........sambal mangga muda.

2 ekor ikan (selar, kembung, tenggiri ) direbus atau digoreng
1 biji mangga (muda)
Sedikit belacan
4 biji cili merah kecil
garam
gula

1.     parut mangga.
2.     Tumbuk/blend cili merah dan belacan.
3.     Tumbuk mangga yg diparut, masukkan garam dan gula.
4.     Tumbuk ikan yg telah dibuang tulang hingga hampir lumat.
Siap . boleh dimakan

* jika menggunakan ikan goreng, letakkan garam sedikit sahaja

Resipi 2

 2 -3 ekor ikan, dibakar tanpa garam hingga masak
1 biji mangga muda, dikupas kulitnya
cili api secukup pedas
sedikit garam dan gula

Cara Membuatnya
1.     Tumbuk cili, garam dan gula. 
2.     Masukkan mangga dan tumbuk lagi.  Jangan sampai lumat.
3.     Kemudian masukkan ikan dan tumbuk lagi untuk sebatikannya.
Hidangan ini sedap dimakan dengan nasi panas-panas bersama ulam petai, jering, kerdas, kacang panjang atau timun dipadankan dengan sayur pedas petola dll. juga ikan kering bakar..

ps : selain ikan bakar/rebus, udang baring/ geragau boleh juga dibuat begini & selain mangga, buah kecupu atau belimbing buluh boleh digunakan.  Boleh juga dicampur ikan kering bakar.  Selain tu, ikan darat seperti puyu dan haruan bakar boleh digunakan.  Ikut selera masing2

No comments:

Post a Comment