WELCOME


SALAM BUAT PENGUNJUNG BLOG GEMILANG-YAHMAD
Sekadar mengisi masa terluang
dan merakam apa-apa yang tak mungkin berulang. Sesungguhnya kita sentiasa memburu kegemilangan dalam hidup baik di dunia mahupun di akhirat.

Thursday, 1 March 2012

SOLAT JAMAK DAN QOSAR

Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kepada umat Islam dalam mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.

Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.

Sabda Rasullah SAW ;
إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد

“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg
mengambilkira kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang
bermusafir.

SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK

Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).

HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK

Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi bagimenambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.



SOLAT QASAR

Bahasa ; Pendek dan ringkas.

Istilah ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.

Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.

SYARAT-SYARAT SOLAT QASAR

1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.

2. Tidak berniat bermukim melebihi 4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.

3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.

4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.

Cara Solat Qasar

1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.

2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.

SOLAT JAMAK

Bahasa : Himpun @ kumpul

Istilah : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu
waktu dengan syarat-syarat tertentu.

Solat Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.

Solat Jamak terbahagi kepada ;

1. JAMAK TAQDIM – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Contohnya
menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM

1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).

Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau bagaimanapun,

boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang
pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sbbsolat sudah habis/selesai).

2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya)
kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua (Asar/Isya), adalah pengikut bagi
solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama).

Jika
dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba
terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka
terbatal juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi
solat sunat mengikut pendapat yang asah.

3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang
lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat
tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya
seperti rakaat-rakaat solat.

Kalau
dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran spt
terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang
kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak. Walau
bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan,
iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.

Tidak
membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat kerana mendapatkan sedikit
air utk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana
Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi
iqamah bukan syarat.

4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. (sekurang-kurangnya
TakbiratulIhram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama
setelah TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum
memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang
membolehkannya.

5. Kekal
waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.

6. Zan
(sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah.

Cara
melakukan solat JAMAK TAQDIM

Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu
(Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
Selepas salam solat pertama, sunat iqamah dan kemudian
dirikan solat yang kedua.
Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM

Solat
Zohor dan Asar Jamak Taqdim

أُصَلِّي
فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ
تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja
Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya

Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي
فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ
لله تعالى

Sahaja
Aku solat fardhu Asar 4 rakaat
dihimpunkan kepada Zohor

Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat
Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim

أُصَلِّي
فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ
تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja
Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya

Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي
فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ
تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja
Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat
dihimpunkan kepada Maghrib

Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

2. JAMAK TA’HIR -
Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat
Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.

SYARAT-SYARAT
SOLAT JAMAK TA’HIR

1.
Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).

Niat
hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang
masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.

2. Masih
dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.

* Tertib
tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya’), telah
masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan
mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.

Cara
melakukan solat JAMAK TA’HIR

Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu
(Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama (Zohor/Maghrib)
Selepas salam solat waktu kedua, sunat iqamah dan
kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR

Solat
Zohor dan Asar Jamak Ta’hir

أُصَلِّي
فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor Jamak
Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي
فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ
لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan kepada Asar Jamak
Ta’hir kerana Allah Taala.



Solat
Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir

أُصَلِّي
فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ
تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib

Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي
فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ
تَأْخِيْرٍلله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat
dihimpunkan solat Isya’ kepadanya

Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

SOLAT
QASAR DAN JAMAK

Selain
drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk
mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.

Cara
mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.

Cara
mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak
Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat
Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.

Contoh
Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.

Solat
Zohor dan Asar Jamak Taqdim dan Qasar.

أُصَلِّي
فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ
تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja
Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat Qasar dihimpunkan solat Asar kepadanya

Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي
فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ
تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja
Aku solat fardhu Asar 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Zohor

Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat
Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.

أُصَلِّي
فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ
تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja
Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya

Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي
فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ
تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja
Aku solat fardhu Isya’ 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Maghrib

Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat
Zohor dan Asar Jamak Ta’hir dan Qasar.

أُصَلِّي
فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja
Aku solat fardhu Asar 2
rakaat dihimpunkan kepada Zohor

Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي
فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ
تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja
Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya

Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat
Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.

أُصَلِّي
فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ
تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja
Aku solat fardhu Isya’ 2 rakaat
dihimpunkan kepada Maghrib

Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي
فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ
تَأْخِيْرٍلله تعالى

Sahaja
Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya

Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
Leave a Reply

No comments:

Post a Comment