WELCOME


SALAM BUAT PENGUNJUNG BLOG GEMILANG-YAHMAD
Sekadar mengisi masa terluang
dan merakam apa-apa yang tak mungkin berulang. Sesungguhnya kita sentiasa memburu kegemilangan dalam hidup baik di dunia mahupun di akhirat.

Saturday, 12 March 2011

Diary hari ini

Bila musim cuti sekolah tiba banyak undangan perkahwinan yang diterima. Lebih sedozen kad undangan majlis perkahwinan dan kesyukuran yang telah kuteliti. Hari ini aku terpaksa menghadiri empat majlis perkahwinan. Mujurlah kesemua undangan untuk hari ini tidaklah jauh sangat.

Jam 12.00 tengah hari aku telah mula bersiap. Namun sebelum itu tak lupa aku siapkan masakan tengah hari untuk anak-anak. Kebetulan, semua anak-anak ada di rumah. Anak sulungku baru sampai dari Kuala Lumpur, cuti tiga hari. Anakku yang belajar di Kedah pun pulang kelmarin. Anak gadisku juga ada di rumah, cuti dua hari. Hari ini giliran dia membantu aku memasak didapur. Manakala anak gadis yang kedua dihantar oleh susmiku ke tempat kerjanya.

Pukul 12.30 tengah hari, aku bertolak dengan Exoraku dengan menumpangkan tiga orang jiran terdekat ke majlis perkahwinan yang pertama.  Hari ini hujan turun agak lebat juga, kadang-kadang bertukar rintik-rintik. Nasiblah, kenduri dalam hujan, perarakan pengantin pun dalam hujan. Semuga pengantin-pengantin baru hari ini sentiasa berada dalam sussana yang harmonis, aman damai dan kekal hingga ke anak cucu..

Petang, menghantar anakku untuk balik ke Kedah, ia menumpang kawannya. Selepas menghantar anak, aku terus ke majlis perkahwinan yang terakhir untuk hari ini. Perut terasa amat penuh.Ingatkan nak diet tapi aku sesungguhnya tidak boleh sabar untuk makan di tempat kenduri. Makanan kegemaranku, labu sira. Itulah yang paling enak yang menjadi pembuka seleraku.

Esok, ada tiga undangan perkahwinan. Kesemuanya agak jauh juga. Tapi aku merasa lega kerana esok suamiku cuti. Esok juga aku berhasrat untuk melawat kakak iparku di hospital yang menjalani pembedahan. Namun, pagi esok aku harus ke sekolah dahulu untuk memastikan latihan dan persembahan murtid-murid berjalan lancar sebelum ke BTPN untuk dubbing lagu "Buku di Tangan" dan "Membaca Gaya Wawasan". Apa yang kuharapkan semuga semuanya berjalan lancar dan semuga Allah sentiasa memberkati kehidupanku sekeluarga.

No comments:

Post a Comment