WELCOME


SALAM BUAT PENGUNJUNG BLOG GEMILANG-YAHMAD
Sekadar mengisi masa terluang
dan merakam apa-apa yang tak mungkin berulang. Sesungguhnya kita sentiasa memburu kegemilangan dalam hidup baik di dunia mahupun di akhirat.

Friday, 25 March 2011

Tips Kesihatan Berdasarkan Watak


Perwatakan kita mempengaruhi keadaan kesihatan.Watak kita adalah hasil dari pengaruh gen dan agennya. Dengan mengetahui kita termasuk karakter mana akan menjadikan kita berwaspada terhadap risiko kesehatan, kata Dr Martin Hagger, pakar psikologi kesihatan dari Universiti Nottingham dan Universiti Curtin, Australia.
Manfaat positif lainnya, kata Hagger, kita juga memeroleh kesempatan mengenal dan menganalisis aspek yang kurang sehat dalam pelakuan kita seperti kebiasaan merokok atau minum alkohol.
Watak Periang
Mereka yang masuk kategori ini biasanya mempunyai pandangan yang luas tentang kehidupan.
Para ahli dari Doshishai Kyoto, Jepun menganalisis lelaki dan wanita obesiti yang sedang menjalani program pelangsingan termasuk konseling, latihan olahraga dan diet.Hasilnya mereka menemukan mereka yang fikirannya paling positif mencatat penurunan berat badan paling sedikit.
Pakar Universiti California AS menemukan rasa kepercayaan diri mengatasi kesulitan hidup dan dapat menangani risiko lebih besar. Hal ini juga menjelaskan mengapa mereka berwatak periang relatif mati di usia muda.
Cemas
Para pengkaji di Universiti Descartes, Paris, dan Centre for Addiction and Mental Health, Toronto, Kanada, menemukan mereka yang dependen dan secara emosional kurang stabil juga cenderung merokok dan minum alkohol, memiliki kebiasaan makan tidak teratur dan gangguan tidur. Tingginya kadar hormom stres juga mendedahkan kepada masalah sakit kepala, jerawat dan pelbagai penyakit lain.
Mereka dari kumpulan ini lebih cenderung melakukan seks..
Sensitif
Lelaki yang wataknya seperti wanita — simpatik dan penghiba — memiliki kadar stres yang lebih rendah dan berisiko lebih kecil mengalami serangan jantung.Kajian Universitas Glasgow Scotland.
Dalam kajian itu para lelaki diberikan nilai ‘maskulin’ dan ‘kewanitaan’ berdasarkan perilakunya seperti kemampuan memimpin, rasa belas kasihan dan sensitif kepada keperluan orang lain.
Pemalu
Menurut kajian mereka yang bersifat pemalu 50 peratus berisiko lebih besar mengidap sakit jantung. Penyelidik dari Universii Northwestern Chicago melakukan kajian selama 30 tahun berkata ini kerana kumpulan berwatak pemalu cenderung memilih hidup bersendirian dan mengasingkan diri hingga mendedahkan kepada stress apabila berdepan masalah.Anda dari golongan mana?- Y.A.


No comments:

Post a Comment